Damia menunjukkan kemampuan menulis
nama sendiri dan melukis menggunakan kaki sambil berbaring di Sekolah
Kebangsaan Telemong, Hulu Terengganu semalam.
|
HULU TERENGGANU - Kegigihan murid istimewa Tahun Satu Sekolah
Kebangsaan (SK) Kuala Telemong di sini yang sebelum ini dipaparkan
media, Nur Damia Irsalina Daeng Malis terus mendapat perhatian pelbagai
pihak.
Semalam, murid itu menerima kunjungan dua pakar perubatan
rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu yang
mahu melihat keperluan sebenar Nur Damia untuk memudahkan lagi
pergerakannya di sekolah dan di rumah.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Mohd. Jusoh
berkata, pihak hospital akan membuat penilaian secara holistik untuk
memantau keperluan kanak-kanak istimewa itu agar dia dapat bergerak
seoptimum mungkin, sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
--- kosmo---